Jalan-Jalan Cari Makan Di Restoran BBQ Town I-City Shah Alam

Bersempena hari valentine, bawa buah hati jalan-jalan cari makan di Restoran BBQ Town I-City Shah Alam. Restoran ini berada di Central I-City Mall, seksyen 7 Shah Alam. Yang best tempat ini adalah tagline mereka iaitu, Eat All You Can BBQ And Shabu Shabu. Banyak lagi tempat makan yang menarik dan sedap di Selangor, tapi buah hati dah berkenan untuk ke restoran BBQ Town ni, so ikutkan sajalah.

bbq town, bbq twon icity shah alam
Gambar Kredit: facebook.com/bbqtownmalaysia

Bagaimana Dengan Harga Makanan?

Harga untuk makan di restoran ini agak affordable.

Untuk makan tengah hari, harga adalah seperti berikut:

Hari Biasa: RM47.35nett untuk 1 orang dewasa

Hujung minggu dan hari kelepasan am: RM51.95nett 1 orang dewasa.

Ada juga harga istimewa untuk kanak-kanak. Untuk kanak-kanak berumur 5-11 tahun, harga adalah 50% dari harga dewasa.

 

Untuk makan malam pula, harga RM55.45nett untuk 1 orang dewasa pada hari biasa dan RM60.10nett pada hujung minggu dan hari kelepasan am.

Harga istimewa untuk kanak-kanak adalah 50% diskaun dari harga asal.

Untuk makan disini, kena ingat untuk tidak membazir kerana mereka ada charge 20% dari harga keseluruhan sekiranya berlaku pembaziran.

Anda diberi masa 2 jam untuk menjamu selera dan sekiranya melebihi masa, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM5 setiap blok 15 minit. Sebaiknya rancang masa makan korang sekiranya korang berkunjung ke restoran BBQ Town.

Tapi rasanya 2 jam tu pun dah cukup untuk makan sehingga kenyang. Admin makan selama sejam pun dah kenyang.

harga makanan dan menu di bbq town i city shah alam

Bagaimana Pula Dengan Makanan?

Makanan terhad yang dihidangkan adalah hirisan daging lembu atau shabu shabu, daging kambing, hirisan daging ayam dan juga udang. Namun ada boleh memilih untuk memilih samada nak ayam sahaja atau, lembu sahaja. Setiap hidangan diberikan 2 hidangan setiap satu.

bbq town daging udang, bbq town menu

Makanan yang unlimited pula terdiri daripada sayur-sayuran, bebola daging, cendawan, tauhu, buah, sushi, minuman dan juga semestinya ice cream. Ada juga sos yang sedap menambah kesedapan makanan. Sos disini memang sedap dan sentiasa menjadi kegemaran.

Menurut pengalaman admin, minuman yang dihidangkan tidak sama setiap kali admin datang ke sini. Kadang-kadang dihidangkan dengan air oren dan kadang dihidangkan dengan teh bunga.

Sebahagian daripada makanan yang boleh dipilih untuk dimasak secara steamboat Terdapat juga nasi goreng, tapi kalau dah makan steamboat, nasi tu dah tak dipandang.

Makanan yang sedang dimasak. Tengok pada bentuk hot pot tu, nampak agak bergaya juga buat macam tu. Tapi pada pandangan admin, kalau hotpot tu permukaan sedikit rata untuk grill daging barulah lebih senang. Sebab kalau permukaan yang melengkung macam ni, bahan yang sedang dimasak boleh jatuh ke dalam sup dan rasa daging akan terganggu.

Dan yang best adalah free flow ice cream! Ice cream cokelat dan ice cream biru! (Admin tak tahu apa nama ice cream biru tu). Kedua-dua ice cream memang sedap. Ice cream biru tu ada rasa sedikit masin yang memberi rasa yang enak.

Tengok dari google review, Restoran BBQ Town ni dapat banyak review yang baik dan dapat 5 bintang.

 

Ada juga beberapa bad review namun kebanyakan adalah good review. Memandangkan lebih banyak good review, boleh diberi kesimpulan bahawa Restoran BBQ Town I-City ni memang salah satu tempat makan yang terbaik di Shah Alam.

Bagi Admin pula, memang puas hati makan di sini. Belum lagi ada apa-apa pengalaman yang tak best bila datang makan disini.

Bagi yang berminat untuk makan disini, waktu beroperasi adalah seperti berikut:

Makan Tengahari: 11.30am – 5pm.
Makan Malam: 5pm-9.30pm.

Kedai beroperasi setiap hari. Namun diingatkan supaya datang lebih awal sebab kalau tempat penuh, kena beratur menunggu giliran.

Alamat adalah seperti berikut:

L3-05, L3-06, Central i-City
Persiaran Multimedia, Seksyen 7,
Jalan Plumbum 7/102, I-City,
40000 Shah Alam, Selangor

No telefon: 03-5524 0632

 

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *